Sunday, 31 December 2017

"Tak Boleh Nak Buat Stok Sebab...."

11:14:00 pm 0 Comments
Alhamdulillah siang tadi sempat Kak Nad settle lagi satu sesi sharing dengan Puan Salbiah, seorang pensyarah di salah sebuah IPTA di Terengganu.

Dari fasa mengandung lagi Puan Salbiah memang dah follow tips-tips yang Kak Nad share di page.

Allah izinkan kami bertemu 4 mata dalam sesi coaching hari ini. Syukur alhmdulillah.

Actually untk slot 3 jam, Kak Nad ada 5 modul yang nak share. Tapi tadi Kak Nad sempat SHARE 1 MODUL je.

Sebab Puan Salbiah ada masalah lain. Jadi, sebagai kaunselor, Kak Nad rasa bertanggungjawab untuk bantu masalah Puan Salbiah.

Boleh je kalau Kak Nad nak abaikan masalah Puan Salbiah tu dan habiskan je semua modul. Tapi rasa BERDOSA pula tak tolong Puan Salbiah.

Alhamdulillah lepas 1 jam 1/2 yang pertama, masalah serius Puan Salbiah tadi dapat diatasi. Masalah serius Puan Salbiah menyebabkan Puan Salbiah tak boleh nak buat stok langsung tau !!

So Kak Nad kena bantu cari punca. Alhamdulillah Allah izinkan kami bertemu penyelesaian.😍

Lepas tu baru Kak Nad start dengan modul pertama, tentang perahan dan pengendalian susu ibu.

3 JAM sahaja baru dpt share 1 modul je. Memang tak sempat langsung nak masuk modul yang lain.

Mujurlah Puan Salbiah sempat GRAB promo Disember ni, so dapatlah lagi 3 sesi coaching FREE.

Memang tak berbaloi langsung dengan harga yang murah tu tau. Untung Puan Salbiah boleh tanya soalan banyak-banyak.πŸ˜‚

Nak dengar apa kata Puan Salbiah lepas sesi coaching yang pertama? Esok Kak Nad share ya.

Mommies yang nak sangat personal coaching termurah macam Puan Salbiah ni, cepat-cepat KLIK link ni πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://ordersini.com/view/82ERhjh2

Dapat 5 Pakej Ebook Penyusuan Susu Ibu bernilai RM79.90 secara PERCUMA juga tau !!

Menyesal kalau tak grab sekarang.

Sampai 31 DISEMBER 2017 je tau PROMO ni. TINGGAL 1 HARI LAGI !!


#LIKE post ini dan #TAG sekali kawan-kawan mommies yang perlukan sesi coaching tu ya.😘

Kak Nad tak tanggung tau kalau mommies komplen harga dah tak murah macam ni lagi lepas ni.πŸ˜…



Saturday, 23 December 2017

PENTINGNYA SOKONGAN AWAL PENYUSUAN SELEPAS KELAHIRAN,

11:46:00 pm 0 Comments
Semalam kawan baik Kak Nad whatsapp minta tolong. Dia dah mula STRESS sebab tak pasti punca masalah : baby kerap nangis & macam tak cukup susu. Baby baru 4 hari. 

Tak sampai hati nak tolak permintaan kawan sendiri walaupun sebenarnya badan sendiri dah rasa penat sangat semalam.

Kak Nad gagahkan diri juga datang melawat lepas isyak walaupun Kak Nad sendiri dah tertidur sebelum tu. Risau fikirkan mak dah mula stress & demotivate.

Syukur alhamdulillah ilmu penyusuan yang Kak Nad belajar dari Dr Hairin Anisa Tajudin, rakan-rakan kaunselor yang berpengalaman, sesi kaunseling bersama mommies dan sesi praktikal bersama pelatih Baitussolehah selama ni sangat membantu Kak Nad malam tadi untuk selesaikan masalah penyusuan rakan baik Kak Nad ni.

Baby ada tongue tie. Sebelum sesi penyusuan, Kak Nad buat oral stimulation pada baby untuk rangsang saraf di sekitar mulut supaya baby boleh menyusu dengan baik. 

Then Kak Nad ajarkan posisi penyusuan yang betul kepada kawan Kak Nad (sebelum ni cara pegangan mak kurang betul - so, mak & baby rasa stress dan baby tak dapat nak latch dengan baik. Puting mak pun dah melecet sebab poor latch position). 

Alhamdulillah lepas mak pegang dengan betul, baby dapat latch dengan baik. Mak pun tak rasa sakit macam sebelumnya. Baby pandai adapt lidah bahagian belakang untuk menyusu walaupun tongue tie.

Kemudian Kak Nad check breast sebab mak complained susu sebelah kanan 'macam tak ada'.

Kak Nad check setiap part, rupanya dah ada 'blocked duct'. Sebab baby tak latch dengan baik, jadi kolostrum tak dapat keluar & block pula 'jalan'. Sebab tu, mak rasa susu macam 'tak ada' sebab banyak kelenjar dah ter'block' and aliran susu jadi kurang lancar.

So, Kak Nad terus buat hot compression. Beberapa kali roll dekat bahagian ketulan dengan teknik yang Dr Anisa ajar. Then massage & marmet untuk lancarkan aliran susu. 

Alhamdulillah selepas beberapa kali buat, nampak kolostrum yang pekat tu mula keluar (mak masa ni gigit tuala tahan sakit. Ketulan dah makin kurang & breast jadi lebih lembut.

Puting mak sebelah kanan melecet masa menyusu. Mak dah trauma nak menyusukan side kanan. Kak Nad cuba yakinkan mak untuk menyusukan baby side yang melecet tu dengan cara yang betul. Alhamdulillah baby latch dengan baik dan mak rasa ok tak sakit macam sebelumnya. 

1 jam 1/2 sesi malam tadi. Syukur bila nampak ada good feedback dari mak dan baby. Hilang terus rasa penat Kak Nad bila tengok baby dan mak mula tenang. 

Bila dapat tolong kawan baik sendiri, nikmatnya memang tak terungkap. Rasa seronok, terharu, gembira semuanya ada. Apatah lagi kawan baik Kak Nad ni dah menanti sekian lama kehadiran zuriat (5 tahun). 

Kebanyakan TTCian's mother (trying to conceive) memang cekal hati orangnya. 
Bukan jenis yang cepat mengalah. Dan lebih senang nak educate mereka sebenarnya tentang cabaran penyusuan susu ibu. 

Kak Nad cuba bantu sebab Kak Nad tak nak mereka melalui kegagalan seperti Kak Nad dulu. Suami Kak Nad orang yang paling kuat beri sokongan untuk Kak Nad bantu ibu-ibu ini.

Peranan kami hanyalah sebagai pemudah cara. Bila mak mengadu kurang susu, kami (kaunselor) takkan terus 'skip' proses dengan terus cadangkan milkbooster atau cadangkan pakai minyak itu ini untuk increase milk supply.
Banyak faktor yang kena dipertimbangkan. 

Macam kes kawan Kak Nad ni: baby ada tongue tie, poor latching position, mak stress, anak tak dapat susu, kelenjar susu tersumbat. 

Kalau Kak Nad terus cadangkan makan itu ini atau pakai itu ini dan MASALAH ASAS tadi tak diatasi, agak2 selesai tak masalah ibu tadi?

Tak pasal-pasal mak engorge sampai boleh dapat mastitis. Baby boleh dehydrated. Dan banyak risk lain yang mungkin berlaku.

Jadi, Kak Nad berharap sangat kita semua dapat 'bergerak' di platform ini atas dasar KEJUJURAN. 

Jika anda adalah penjual milkbooster atau apa jenis bahan yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu, bantulah ibu-ibu yang bermasalah ini dengan ILMU PENYUSUAN dahulu. 

Konsep ASAS perlu ditekankan. Konsep demand & supply, latching position, emosi dan pemakanan ibu, dan lain-lain lagi.

Memang betul keuntungan tu lebih cepat TERLIHAT berbanding MASA yang mungkin seakan-akan 'terbuang' bila kita cuba membantu ibu-ibu ini. 

Tetapi sekurang-kurangnya kita bergerak atas dasar KEJUJURAN. Dan kejujuran itulah yang akan membawa KEBERKATAN kepada rezeki perniagaan. 

Keberkatan yang SEDIKITNYA MENCUKUPI, dan BANYAKNYA boleh DIAGIHKAN. Itu adalah lebih baik. 

Janganlah manipulasi emosi mereka yang tidak stabil dengan penghasilan susu yang kurang. Jangan kita meraih keuntungan dengan memanipulasi diri mereka yang TIADA ILMU itu. 

Tak salah menjual. Tapi menjuallah dengan kejujuran untuk keberkatan rezeki buat anak-anak kita juga nanti. Raihlah rezeki yang lebih diberkati.☺️


Kak Nad tahu Kak Nad bukan siapa-siapa. Hanya seorang pejuang susu ibu yang tidak dikenali dan lakukan semua ini atas dasar CINTA. 


Mengharap CINTA dan keredhaan-Nya


 ☺️
Salam Penyusuan Susu Ibu dari,
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor

Wednesday, 20 December 2017

"Bagus Ke Bengkak Susu?"

8:00:00 am 0 Comments
Assalammualaikum and hi mommies !!


Bagi sesetengah ibu, bengkak susu sangat ditunggu-tunggu kerana mereka percaya bengkak susu bagus bagi ibu-ibu menyusu.

Mitos;
PAYUDARA BENGKAK = SUSU BANYAK

At that moment, memanglah nampak hasil perahan mommies banyak bila mommies biar breast penuh melebihi 3-4 jam. Tapi susu yang akan lebih banyak terhasil waktu tu ialah foremilk (susu yang lebih cair) berbanding hindmilk (susu yang mengandungi lemak yang tinggi).

Dan breast mommies pun akan terima banyak hormon FIL (feedback inhibitor lactation) yang akan mengurangkan penghasilan susu pada waktu2 berikutnya. Dan lama2 penghasilan susu akan berkurang kerana otak detect demand berkurang bila mommies sengaja atau mungkin tak sempat nak perah dalam jarak masa yang lama.

Mommies yang direct feeding, pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga tempoh yang secukupnya sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi. Ini adalah penting supaya bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.


Tempoh 5-8 minit pertama, bayi akan mendapat foremilk. Dan hindmilk akan keluar selepas 8-10 minit. Hindmilk mengandungi molekul lemak yang lebih besar, kerana itu hindmilk lebih lambat keluar kerana 'memberi laluan' kepada molekul susu lain yang lebih kecil untuk keluar dahulu. Kandungan laktosa untuk kedua jenis foremilk dan hindmilk adalah sama.

Untuk mommies yang bayi mempunyai masalah kenaikan berat (tidak ada masalah poor latching, tongue tie, etc), pastikan mommies menyusu di sebelah payudara lebih lama sebelum bertukar ke payudara satu lagi agar bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.

Jadi bengkak susu bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu. Kerana bila mommies biarkan payudara penuh melebihi jarak masa yang sepatutnya, penghasilan susu akan berkurang pada masa akan datang. Lebih merisaukan bila susu yang mengandungi lemak yang tinggi tidak dikeluarkan dengan baik, kandungan lemak akan berkumpul dan menjadi ketulan besar (galactocyst) dalam payudara mommies. Dan mommies akan rasa sakit serta kurang selesa bila keadaan ini berlaku.

Jadi, pastikan breast dikosongkan setiap 3-4 jam ya mommies. Jangan tunggu bengkak baru nak perah ya. Ingat tau.😍

Salam sayang dari Kak Nad
Your Breastfeeding Peer Counselor

Monday, 18 December 2017

Tips Atasi Masalah Susu Drop

10:00:00 am 0 Comments
Ramai mommies pm tanya Kak Nad, apa yang perlu buat untuk atasi masalah susu drop. Kak Nad pun selalu juga alami fasa-fasa kemeruduman ni. Antara faktor susu drop ialah sebab mommies stress dan penat selain faktor-faktor lain (period, pregnant, masalah hormon, etc).




1. Stress akan beri kesan kepada penghasilan hormon oxytocin dalam badan. Bila hormon ni kurang, susu akan drop. No choice, mommies kena bantu yakinkan diri untuk atasi rasa stress itu.

2. Tulis nota yg boleh beri kata-kata semangat kepada diri mommies. Tampal di tempat kerja, peti ais rumah, atau mana-mana tempat yang mommies boleh nampak selalu. Tulis kata-kata seperti;

"Anak saya sangat suka susu ibu, dan saya yakin boleh berikannya sehingga 2 tahun.."
"Saya ibu yang positif, susu saya mncukupi utk ank saya.."
"Saya rajin buat power pumping supaya production saya meningkat selepas ini.."
"Anak saya sihat dan bijak sebab setiap hari dapat minum susu ibu.."

Kata-kata seperti ini bila dibaca selalu akan dipasak dalam hati & otak kita. Then percayalah, tanpa disedari, pasti ada perubahan dari segi emosi kepada diri mommies. Sebab semua ni berlaku pada bahagian 'minda bawah sedar' kita.




3. Buat power pumping setiap hari sekurang-kurangnya 1 jam selama 2 minggu. Kesan ketara akan nampak selepas 2 mggu. Mommies kena sabar.. Tak nak ada fikiran seperti susu tak cukup, susu sikit, susu tak banyak dan sebagainya. Bayangkan susu akan meriah selepas ini.


4. Waktu power pumping yang terbaik adalah pada waktu tengah malam (12am-6am) kerana kadar hormon prolaktin yang tinggi pada waktu ini. Tapi kalau mommies tak mampu, lakukan sahaja dalam salah satu sesi pada waktu siang. Kerapkan df pada waktu malam, itu lebih baik.

**Nota power pumping
5. Amalkanlah pemakanan sunnah seperti kurma, kismis, madu, susu kambing di samping makanan berserat seperti oat dan badam setiap hari.

6. Minum air 3L sehari. Tak mampu? Boleh ambil buah-buahan, makanan yang berkuah, minum air yg lazat bagi mommies, dan air yg mnggembirakan (apa sahaja except air batu, nescafe, teh)

7. Baza zikir ya matin.. Berdoalah smoga Allah perbanyakkan semula susu mommies selepas mommies berikhtiar dengan semua ini.

Paling penting, set di mindset, BIAR CUKUP UNTUK ANAK. Walaupun mungkin tak semeriah orang lain, tapi yang penting, CUKUP.

Sunday, 17 December 2017

Tips Ringkas Tak Nak Cooler Bag Basah dan Berbau !!

10:00:00 am 0 Comments
Kak Nad kalau dapat bag ni dari jemputan kahwin, Kak Nad suka simpan. Untuk apa?


Biasa Kak Nad letak ice pack. Jadi tak delah 'berpeluh' ice pack dalam cooler bag. Cooler bag pun nampak kering dan bersih je. Boleh elakkan cooler bag dari berbau.


Rasa tips ringkas ni membantu? SHARE post ni ya mommies untuk manfaat mommies lain :)

"SUSU BASI...!", kata suami

8:00:00 am 0 Comments
Ada tak mommies yang pernah jadi macam ni? 


Agak-agak meroyan tak mommies kalau suami mommies kata susu EBM mommies basi dan buat macam dalam video ni? πŸ˜‚

Kalau Kak Nad jadi macam ni terus pengsan kot. Hehe.

Sama-sama kita belajar ya. Untuk suami yang sangat bersifat TERBUKA, Kak Nad ucapkan tahniah kerana anda sedang berusaha melaksanakan salah satu ayat yang diperintahkan Allah dalam al-Qur'an.

Just for sharing. Kot-kot mommies risau jadi macam ni. Hehe


Salam Penyusuan Susu Ibu dari,
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor

Saturday, 16 December 2017

Cara Menghantar Susu Ibu Kepada Pengasuh

12:42:00 pm 0 Comments
Assalammualaikum mommies & hai hai.


Hari ni saya nak share tentang Tips Pengendalian EBM (Expressed Breast Milk) dan Cara Untuk Menghantar EBM kepada pengasuh.

Saya akan label seperti dalam gambar sebelum hantar kepada pengasuh. 


No. 1 : saya akan beri chilled EBM (kalau ada fresh yang baru perah lebih baik)
No. 2 : Frozen EBM
No. 3 : Chilled EBM
No. 4 : Chilled EBM

Kenapa saya beri chilled EBM lebih banyak? Kerana kandungan nutrien dalam chilled EBM adalah lebih tinggi dari frozen EBM. Walaubagaimanapun, frozen EBM tetap terbaik jika dibandingkan dengan fm.

Pastikan botol ke-3 dan ke-4 (atau 2 botol terakhir mengikut keperluan anak) adalah chilled EBM. Kerana chilled EBM boleh bertahan sehingga 5 hari tanpa dibekukan sekiranya diletak di dalam chiller. Sekiranya tidak habis, masih boleh digunakan untuk keesokkan harinya. Chilled EBM juga lebih mudah diuruskan berbanding frozen EBM.

Untuk ibu-ibu yang membekalkan frozen EBM, pastikan susu telah diturunkan dari freezer ke chiller pada malam sehari sebelumnya untuk dicairkan. Boleh juga letak dalam bekas yang berisi air untuk mempercepatkan proses pencairan. Frozen EBM yang telah dicairkan mesti digunakan/dihabiskan dalam tempoh 24 jam. (NOTA: TIDAK DIGALAKKAN HANTAR FROZEN EBM DALAM KEADAAN BEKU KERANA IANYA AKAN MENYUSAHKAN PENGASUH ANDA)

Untuk bayi 6 bulan ke bawah, pastikan tidak dibekalkan dengan frozen EBM sahaja. Bekalkan chilled EBM dan fresh EBM juga.

Pastikan juga susu disukat mengikut keperluan anak untuk elakkan pembaziran. Semasa anak saya berusia 3-5 bulan, saya hanya letakkan 2.5oz bagi setiap botol. Kemudian meningkat kepada 3oz dan kini 4oz x 5 botol. Biasanya pengasuh akan maklumkan sama ada sukatan susu mencukupi atau tidak.
Terangkan juga kepada pengasuh tentang TEMPOH HAYAT SUSU jika pengasuh anda tidak biasa mengendalikan susu ibu. Boleh buat dalam bentuk nota ringkas yang dilaminate untuk memudahkan pengasuh faham (contoh boleh rujuk pada gambar berikutnya).




1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik, 8 jam dalam suhu 16-19oC (bilik beraircond), serta tahan 4 jam selepas dipanaskan. Sekiranya telah diminum, perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam kerana telah bercampur dengan air liur anak.

2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas dipanaskan. JIKA anak dh minum PERLU habiskan dlm masa 1 -2 jam kerana air liur telah bercampur dgn susu.
**(Nota penting: Tempoh 4 jam bagi chilled EBM selepas dipanaskan bergantung kepada 'cleanliness of milk expression technique' atau langkah-langkah kebersihan yang ibu lakukan selepas sesi perahan seperti; (i) mencuci tangan dengan bersih sebelum mengepam, (ii) mencuci corong selepas setiap sesi perahan dengan menggunakan air sabun suam, (iii) meletakkan EBM dengan segera ke dalam chiller, (iv) memastikan suhu dalam cooler bag sentiasa sejuk). Dan sekiranya salah satu teknik ini tidak dilakukan, adalah sebaiknya tempoh hayat chilled EBM dikira 1-2 jam selepas dipanaskan - Sumber: Academy of Breastfeeding Medicine's Clinical Protocol

3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas dipanaskan dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak. Pastikan kuantiti frozen EBM disukat mengikut keperluan anak untuk mengelakkan pembaziran susu dibuang.

**(Untuk peringkat awal, dalam sebulan pertama, saya galakkan hanya bekalkan pengasuh chilled EBM supaya pengasuh tak pening atau keliru tentang tempoh masa. Saya buat begini selama 4 bulan sehinggalah saya yakin pengasuh telah betul-betul mahir untuk menguruskan EBM).
Pastikan dalam perjalanan anda dari rumah ke tempah pengasuh, semua susu diletakkan dalam cooler bag yang berisi ice brick atau ice pack untuk menjaga keadaan susu daripada rosak.

Antara peralatan yang diperlukan juga untuk melabel nombor botol susu dan nama anak anda sekiranya pengasuh menjaga melebihi seorang atau di taska.

1. Marker/pen
2. Sticker



Tanya pengasuh anda, sekiranya dia inginkan warmer. Dan jika perlu boleh belikan warmer untuk pengasuh kerana penggunaan warmer ini sangat baik untuk mengelakkan suhu dipanaskan melebihi 40oC yang boleh merosakkan nutrien dalam susu.

Untuk peringkat awal, saya hanya bekalkan chilled ebm dan fresh ebm sahaja, dan saya tulis tempoh '2 jam' tu kerana bimbang pengasuh terlupa jika susu terlalu lama di luar. Tempoh hayat chilled ebm/fresh ebm yang sebenar ialah 4 jam selepas dipanaskan. 

Mommies boleh click link di bawah untuk download nota "Panduan Cara Guna Warmer untuk Pengasuh". Boleh download dan print.

⬇️Click⬇️

-Susu beku (Frozen EBM) dalam nota ni merujuk kepada frozen EBM yang telah dicairkan sebelum hantar kepada pengasuh.
-TIDAK DIGALAKKAN hantar susu dalam keadaan beku kerana ia akan menyusahkan pengasuh anda.
-Mommies boleh guna kreativiti untuk bezakan di antara botol yang mengandungi frozen ebm dan chilled ebm. Boleh guna sticker warna atau penutup yang berbeza. Dulu saya tampal sticker dan tulis 'SUSU BEKU' dekat botol tu supaya pengasuh faham tempoh masa '1 JAM' selepas dipanaskan.

Jadual berikut ialah tempoh penyimpanan susu bagi bayi normal dan bayi sakit / pramatang. Mommies boleh rujuk sebagai panduan.


Harap tips ringkas ni dapat membantu :)











Pelbagai Jenis Minuman Dan Makanan Yang Dipercayai Boleh Boost Penghasilan Susu Ibu

11:10:00 am 0 Comments
Akhir-akhir ni, dalam kebanyakan group penyusuan, viral pelbagai jenis minuman dan makanan yang dipercayai boleh boost penghasilan susu ibu.




Apa sahaja yang dikongsi terus dibuat tanpa fikirkan kesan kepada bayi. Ya betul, memang kebanyakan makanan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.




Tapi kena ingat juga, bayi kita berbeza. Dan kesan alerginya juga berbeza. Ada bayi yang ok2 sahaja. Tapi ada bayi yang dapat side effect dari pemakanan ibu seperti: eczema, batuk, berkahak, kembung perut dan sebagainya.




Jadi, mommies kenalah alert dengan jenis makanan yang diambil sama ada beri kesan kepada bayi atau pun tidak.☺️
Sekiranya mommies perhatikan bayi mengalami alahan, mommies boleh cuba stopkan dahulu pengambilan makanan tertentu selama 2-3 minggu (kurang dari tempoh ini biasanya tidak berkesan). Dan sekiranya kesan alahan hilang, makanan tertentu itulah yang menjadi punca alahan bayi.




Perhatikan jenis alahan yang dialami. Bukan semua bayi mengalami alahan yang sama. Ada bayi bila ibu makan makanan A tak berkahak tapi jadi gassy. Ada bayi lain pula mudah berkahak. Setiap bayi itu unik. Hanya ibu sahaja yang mengetahui perubahan bayi masing-masing.
So Kak Nad share jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan alergi kepada bayi. Boleh refer setiap gambar jenis makanan dan kesan kepada alahan tertentu.
Semoga membantu.


Salam Penyusuan Susu Ibu dari;
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor

Thursday, 14 December 2017

Menyusu dan KURUS? Fakta atau auta

8:37:00 pm 0 Comments
Banyak soalan Kak Nad dapat tentang macam mana nak kurus dengan menyusu.

Kak Nad jarang sentuh tentang diet pemakanan ibu menyusu sebab Kak Nad bukanlah pakar dalam bidang ini. Ramai lagi yang pakar tentang pemakanan yang sihat untuk ibu-ibu menyusu.

Kak Nad pernah share sikit sebelum ni di sini.πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

"Boleh ke berdiet sewaktu menyusu?"
https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1813727532179210:0

Cuma kalau ada mommies yang mengadu, mommies tak kurus-kurus walaupun menyusu badan, sebenarnya semua ada kaitan dengan pengambilan kalori makanan seharian mommies.

Dulu Kak Nad pun jahil tentang 'kalori' ni. Tapi sejak Kak Nad pernah jadi peserta Jom Kurus 1 Malaysia (Musim Pertama), dan berpeluang untuk belajar tentang kiraan kalori dari jurulatih nombor satu Malaysia; Kevin Zahri, Kak Nad dah mula faham apa itu KALORI. Masa tu berjaya juga turunkan 6 kg dalam masa 6 minggu dengan ilmu yang betul.

Apa-apa pun kita kena buat dengan ILMU. Tak boleh diet sesuka hati kalau tak nak susu drop. Kak Nad memang pernah amalkan juga kiraan kalori ni waktu menyusu. Alhamdulillah susu still meriah, Kak Nad lebih sihat dan baby pun bertambah sihat masa tu sebab dapat sumber nutrien yang lebih berkualiti.

Asasnya ialah kita perlu tahu berapa kalori yang diperlukan oleh tubuh badan. Faktor usia, jantina, berat, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan perlu diambil kira untuk dapatkan jumlah kalori yang tepat.

Macam Kak Nad, kiraaan kalori yang diperlukan oleh badan ialah 1200kcal (tanpa menyusu).

Tapi disebabkan ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 500kcal sehari untuk penghasilan susu, jadi Kak Nad tambah jumlah 500kcal ni kepada bacaan asas tadi. So total yang diperlukan ialah 1700kcal sehari.

Masalah kegemukan berlaku bila kita makan melebihi jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Contoh badan kita perlukan kalori 1700kcal tapi kita makan sehari dalam 3000-5000kcal.

So bayangkanlah berapa ribu kalori yang tak diperlukan oleh badan untuk pembakaran tenaga disimpan sebagai LEMAK. Semuanya kerana pengambilan kalori yang berlebihan.

Kak Nad makan apa sahaja. Nasi Kak Nad tak tinggalkan. Ais krim pun Kak Nad makan bila nak. Sayur dan protein itu wajib. Tapi Kak Nad kena kira kalori makanan setiap hari. Kak Nad makan kuantiti yang mencukupi (tak kurang dan tak lebih dari 1700kcal sehari).

Cuma untuk jimat kalori dan kekalkan kuantiti hidangan, Kak Nad tukar BRAND makanan dan jenis hidangan. Cari yang lebih sihat. Contohnya, Kak Nad kena makan 2 cawan nasi. Beras jenama biasa bersamaan dengan 200kcal secawan. So untuk jimat kalori tapi kekalkan kuantiti hidangan, Kak Nad tukar kepada beras Taj Mahal (1 cawan hanya 100kcal sahaja).

Samalah juga dengan sayur dan protein (ikan, daging, telur), Kak Nad tukar cara masakan. Panggang, masak air dan tanpa minyak jadi pilihan utama. Minyak masak pun Kak Nad tukar. Pilih minyak masak jenis sayuran. Lemak still ambil tapi pilih jenis unsaturated fat. Kak Nad suka makan roti tapi Kak Nad pilih wholemeal bread. Sapu jem tak? Of course sapu mommies! Cuma Kak Nad pilih jem yang rendah kalori.

Untuk peringkat awal memang Kak Nad akan kerap survey di bahagian label makanan untuk tahu nilai kalori per serving. Jadi Kak Nad still makan macam biasa cuma pilih makanan yang berkualiti. Air masak memang kena jaga. 3L sehari mesti minum.

Jadi agaknya, terjejas tak susu mommies? Tentulah tidak kalau mommies buat dengan ilmu. Malah lagi berkualiti susu yang baby dapat. Metabolism badan meningkat, mommies jadi sihat dan apa yang mommies makan JADI SUSU dan BUKAN LEMAK.☺️

Diet Atkins antara diet yang tidak disyorkan untuk mommies menyusu. Jadi, janganlah nak kurus cepat dengan amalkan diet yang salah.


"Kalau saya tak berdiet & tak nak exercise sebab tak sempat, boleh tak saya nak kurus dengan menyusu sahaja?"


"BOLEH". Dengan syarat mommies kena menyusu dengan KERAP dan mengepamlah bersungguh-sungguh.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

1oz susu yang dihasilkan akan membakar lebih kurang 20kcal. Kalau mommies mengepam dapat 5oz (1 botol) so maksudnya 100kcal terbakar. Kalau 1 sesi mommies boleh dapat sampai 10oz, maknanya 200kcal terbakar setiap sesi (anggaran 20-30minit mengepam).

Kalau satu hari 4x sesi mengepam dan dapat jumlah perahan lebih kurang sama, hampir 800kcal dalam badan terbakar dengan penghasilan susu tadi.

800kcal ni banyak tau! Kalau buat workout mahu nak pitam. Hehe..

Ni baru kira untuk sesi mengepam. Tak termasuk mommies balik rumah sambung df sampai tengah malam. Mahu 1000kcal burn kot.😬

Lepas tu mommies kena tahu bila WAKTU TERBAIK nak MAKAN. Pembakaran kalori paling efektif untuk makanan sebenarnya ialah selepas kita buat workout. Ni yang Kak Nad belajar dulu masa join Jom Kurus.

Trainer Kak Nad galakkan kami makan selepas work out. Sebab lepas work out, pembakaran kalori dalam badan tengah 'aktif'. Bila kita terus makan, pembakaran kalori dari makanan tu terus berlaku dan tak sempatlah makanan tu nak jadi lemak (dlm bahasa mudahnya).

Jadi, sebagai gantian mommies yang tak buat workout, mommies bolehlah makan SELEPAS sesi menyusu/mengepam sebab badan mommies dah start mem'bakar' masa sesi menyusu/mengepam tadi. So, automatik makanan yang mommies makan tadi terus di'bakar'.

Tapi kenalah tengok output dan inputnya juga. Janganlah output (susu) sikit tapi input (makanan yang masuk) banyak pula berganda-ganda melebihi output. Sama jelah kalau macam tu. Hehe.

Hakikatnya, kita mak-mak menyusu ni memang cepat lapar bila menyusu sebab badan kita asyik membakar kalori.☺️

Workout pun jadi ke laut sebab 'workout' mommies setiap hari lagi dasyat - house chores, jaga anak, bangun malam, etc.😬

House chores tu pun bakar banyak kalori. So sebenarnya dalam tak sedar, mommies pun ber'workout' juga setiap hari.😍

Perkongsian Kak Nad ni tak detail. Banyak lagi point-point lain yang Kak Nad tak sentuh. Cuma kalau mommies betul nak kurus sewaktu menyusu, carilah ilmu yang betul dan tahu setiap asbab-musabab apa yang mommies buat tu.

Jika ada ilmu, mommies boleh berdiet sewaktu menyusu tanpa masalah. Tapi kalau tak ada ilmu, berdietlah lepas mommies tamatkan tempoh penyusuan 2 tahun. Itu lebih selamat.

Semoga sedikit perkongsian ni menjawab persoalan mommies yang bertanya selama ni.

"TURN your food into milk, not fat!"

Salam penyusuan susu ibu dari;
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor

**(Gambar sebelah kiri masa baby 6 bulan, berat 72kg. Gambar sebelah kanan masa baby 18 bulan, berat 58kg sehingga sekarang).

Wednesday, 13 December 2017

MENYUSU dan ajar bayi SUKA SAYUR

8:37:00 pm 0 Comments
Soalan ni kerap ditanya oleh mommies menyusu. Selalunya memang soalan tentang penyusuan susu ibu sahaja. Tapi kadang-kadang terselit juga soalan tentang solid food yang sesuai untuk baby menjelang usia 6 bulan.

Soalan yang paling kerap ditanya, "Saya dah cuba bagi puree sayur. Tapi kenapa anak saya tak suka makan?"


Biasa Kak Nad tanya balik pada mommies menyusu yang ada masalah anak jadi picky bila nak introduce makanan, "Mak suka makan tak sayur tu?". Dan bila mommies jawab "TAK" atau "Tak berapa suka", maka dah tahulah kenapa anak mommies reject juga.

Ajaibnya susu ibu berbanding susu formula ialah rasa susu ibu berubah setiap hari manakala susu formula, rasanya sama sahaja (mengikut flavour susu tersebut). Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak mommies. Sebab dia excited nak cuba 'flavour' baru susu ibu dia. Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan? Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa 'menu' berlainan dari susu ibu dia.




Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi. Apa yang ibu makan dapat 'dirasai' okeh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi. Kajian saintifik ini telah terbukti sekian lama oleh ramai pengkaji.

Selepas dilahirkan, bayi mula belajar mengenal rasa itu melalui susu ibu. Dan kalau mommies perhatikan, apa yang mommies suka makan selalunya sewaktu mengandung atau menyusu, juga akan digemari oleh anak kita nanti.

Berbalik kepada persoalan awal tadi, "Kenapa anak saya tidak suka makan sayur?", adalah kerana anak mungkin kurang terdedah dengan rasa sayur itu sendiri disebabkan mak sendiri tidak suka @ jarang makan.

Jadi untuk mula ajar anak dengan makanan pejal, mulakanlah dengan sayur yang biasa mommies makan sewaktu menyusukannya. Lebih mudah untuk diterima anak kerana anak sudah 'biasa' dengan rasanya.☺️

Mommies juga perlu kreatif dalam penyediaan makanan bayi. Boleh juga tambah EBM dalam puree supaya bayi lebih mudah untuk terima 'rasanya'. Dan pastikan bayi mommies betul-betul dah bersedia untuk diberikan makanan pertamanya.

"The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables - BREASTFEED THEM"

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. 




Salam Penyusuan Susu Ibu dari;
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor

Tuesday, 12 December 2017

Teknik Bentuk Puting

8:36:00 pm 0 Comments
Puting hanyalah membantu untuk ibu menyusukan bayi dengan baik. Puting leper atau puting tenggelam bukanlah satu masalah dalam penyusuan sekiranya ibu-ibu tahu teknik lekapan dengan betul.
Namun, puting boleh di'bentuk' perlahan-lahan dengan merujuk kepada teknik dalam album ini. Dengan harapan selepas puting ibu-ibu timbul, ibu-ibu lebih yakin untuk menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.


Peralatan yang diperlukan:
Picagari (rujuk gambar).

Pastikan ibu-ibu memilih picagari yang bersesuaian dengan saiz puting.

Ukur saiz puting dan carilah picagari yang mempunyai ukuran diameter yang hampir sama. Kesilapan memilih picagari boleh menyebabkan puting terluka (sekiranya puting besar dan ibu memilih picagari yang kecil).


Potong bahagian hadapan picagari seperti dalam gambar. Bahagian yang dipotong ini tidak diperlukan.



Letakkan tomboh picagari bertentangan dengan bahagian yang dipotong tadi.


Masukkan tomboh ke dalam picagari (rujuk gambar).


Untuk membentuk puting, tarik perlahan puting dengan menggunakan picagari (rujuk gambar).


Setelah puting ditarik keluar, tekan sedikit di bahagian aerola di tepi puting untuk keluarkan tekanan udara dalam picagari dan untuk keluarkan puting tanpa rasa sakit.

Ulang semula kaedah ini 2-3 kali sehari setiap hari. In shaa Allah puting akan terbentuk sedikit..

Contoh gambar puting normal, puting leper, dan puting tenggelam.


Contoh gambar dari posisi hadapan. Harap ibu-ibu mengenali jenis puting masing-masing.

Tips Penyusuan Awal Selepas Kelahiran

8:02:00 pm 0 Comments

Bila tengok gambar-gambar ni, teringat kenangan penyusuan awal Kak Nad dengan Khadijah.☺️

Masa tu, Kak Nad KENTAL sangat nak jayakan penyusuan awal untuk baby kedua Kak Nad. Kak Nad rasa kuat dan bersemangat sebab nak tebus balik kegagalan masa anak pertama.

Semua nurse dan doktor yang masuk labour room Kak Nad tanya, "Lepas bersalin nanti saya nak terus susukan anak saya boleh?". Mereka tersenyum dan tentulah mereka jawab "BOLEH" if baby dan ibu tak ada masalah. 

So Kak Nad share beberapa tips untuk jayakan penyusuan awal selepas kelahiran. Harap mommies yang baru nak cuba untuk kali pertama dapat sedikit gambaran.😍

1. Makan dulu 

Pastikan sebelum masuk ke labour room mommies dah makan. Kalau belum makan, bagi tahu nurse yang mommies nak makan dulu. Dan nurse akan bagi masa untuk mommies makan supaya mommies ada tenaga nanti.

2. Kena positif sewaktu hadapi sakit contraction

Sakit contraction memang tak terungkap. Tapi mommies kena cuba kuat hadapi saat ni. Bacalah zikir "Laillahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin" sewaktu sakit contraction datang. 

Caranya waktu sakit datang, tarik nafas dalam-dalam, baca zikir dan hembus nafas perlahan-lahan. 

Kalau suami dapat temankan lebih baik. Pegang tangan suami sekuat hati waktu sakit tu datang. Bila rasa haus, minum air yang disediakan.

Bila mommies baca zikir dan boleh kawal pernafasan dengan baik, in shaa Allah mommies akan ada tenaga nanti lepas bersalin.

3. Maklumkan kepada nurse dan doktor 

Sekiranya bayi perlu ditahan di NICU, minta izin nurse dan doktor untuk mommies susukan bayi selepas kelahiran. If bayi tak ada masalah pernafasan dan lain-lain, mereka akan benarkan mommies menyusu sebelum bayi dibawa ke NICU.



4. Terus menyusukan bayi selepas kelahiran

Selepas jahitan episiotomy (sekiranya ada), mommies perlu kuat untuk terus susukan bayi. Abaikan rasa penat meneran tadi. 

Lihat cue feeding dari bayi. Bila bayi mula menghisap jari atau seperti menghidu sesuatu, bayi sudah bersedia untuk disusukan.

Minta bantuan nurse supaya mommies dapat menyusukan bayi dalam posisi yang selesa dan dengan lekapan yang betul. Susukan sahaja bayi selama mana bayi ingin menyusu. 

Kak Nad menyusu selama 30 minit sehinggalah baby Kak Nad lepaskan sendiri. Selepas tu baru Kak Nad salin pakaian lain sebelum dibawa keluar dari labour room.

5. Pilih hospital Rakan Bayi

Carilah hospital Rakan Bayi yang mesra penyusuan susu ibu. Sekiranya mommies akan bersalin di hospital swasta, pilihlah hospital rakan bayi juga. Boleh check senarai di sini:

http://nutrition.moh.gov.my/…/Senarai-Hospital-Rakan-Bayi-S…

Sekiranya hospital yang mommies pilih tiada dalam senarai, boleh hubungi pihak hospital terlebih dahulu untuk pengesahan. Biasanya di hospital rakan bayi akan ada kaunselor laktasi yang boleh membantu.

Untuk hospital kerajaan tak ada masalah kerana ibu dan baby memang room in (jika baby @ ibu tak ada masalah).

Cuma di hospital swasta memang disediakan khidmat nursery (termasuk dalam pakej bayaran) di mana baby akan diasingkan dari ibu untuk beri peluang ibu berehat selepas kelahiran.



Jadi, mommies yang bersalin di hospital swasta boleh maklumkan kepada jururawat bertugas untuk bawakan baby kepada mommies bila mommies ingin menyusukan bagi.

Atau mommies boleh sediakan awal-awal Birth Plan dan maklumkan kepada gynae yang mommies ingin menyusukan baby hanya dengan susu ibu selepas bersalin nanti. Pihak hospital akan maklum dengan lebih awal tentang permintaan mommies.


Itu sahaja tips dari Kak Nad. Kalau mommies ada tips lain, boleh share sekali. Terutama mommies yang bersalin secara c-zer, macam mana mommies jayakan penyusuan awal mommies? Boleh mommies lain apply juga kalau mommies sudi share.😍

Semoga perkongsian ringkas ni bermanfaat. 


Salam penyusuan susu ibu dari,
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor