Saturday, 16 December 2017

Cara Menghantar Susu Ibu Kepada Pengasuh

Assalammualaikum mommies & hai hai.


Hari ni saya nak share tentang Tips Pengendalian EBM (Expressed Breast Milk) dan Cara Untuk Menghantar EBM kepada pengasuh.

Saya akan label seperti dalam gambar sebelum hantar kepada pengasuh. 


No. 1 : saya akan beri chilled EBM (kalau ada fresh yang baru perah lebih baik)
No. 2 : Frozen EBM
No. 3 : Chilled EBM
No. 4 : Chilled EBM

Kenapa saya beri chilled EBM lebih banyak? Kerana kandungan nutrien dalam chilled EBM adalah lebih tinggi dari frozen EBM. Walaubagaimanapun, frozen EBM tetap terbaik jika dibandingkan dengan fm.

Pastikan botol ke-3 dan ke-4 (atau 2 botol terakhir mengikut keperluan anak) adalah chilled EBM. Kerana chilled EBM boleh bertahan sehingga 5 hari tanpa dibekukan sekiranya diletak di dalam chiller. Sekiranya tidak habis, masih boleh digunakan untuk keesokkan harinya. Chilled EBM juga lebih mudah diuruskan berbanding frozen EBM.

Untuk ibu-ibu yang membekalkan frozen EBM, pastikan susu telah diturunkan dari freezer ke chiller pada malam sehari sebelumnya untuk dicairkan. Boleh juga letak dalam bekas yang berisi air untuk mempercepatkan proses pencairan. Frozen EBM yang telah dicairkan mesti digunakan/dihabiskan dalam tempoh 24 jam. (NOTA: TIDAK DIGALAKKAN HANTAR FROZEN EBM DALAM KEADAAN BEKU KERANA IANYA AKAN MENYUSAHKAN PENGASUH ANDA)

Untuk bayi 6 bulan ke bawah, pastikan tidak dibekalkan dengan frozen EBM sahaja. Bekalkan chilled EBM dan fresh EBM juga.

Pastikan juga susu disukat mengikut keperluan anak untuk elakkan pembaziran. Semasa anak saya berusia 3-5 bulan, saya hanya letakkan 2.5oz bagi setiap botol. Kemudian meningkat kepada 3oz dan kini 4oz x 5 botol. Biasanya pengasuh akan maklumkan sama ada sukatan susu mencukupi atau tidak.
Terangkan juga kepada pengasuh tentang TEMPOH HAYAT SUSU jika pengasuh anda tidak biasa mengendalikan susu ibu. Boleh buat dalam bentuk nota ringkas yang dilaminate untuk memudahkan pengasuh faham (contoh boleh rujuk pada gambar berikutnya).




1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik, 8 jam dalam suhu 16-19oC (bilik beraircond), serta tahan 4 jam selepas dipanaskan. Sekiranya telah diminum, perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam kerana telah bercampur dengan air liur anak.

2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas dipanaskan. JIKA anak dh minum PERLU habiskan dlm masa 1 -2 jam kerana air liur telah bercampur dgn susu.
**(Nota penting: Tempoh 4 jam bagi chilled EBM selepas dipanaskan bergantung kepada 'cleanliness of milk expression technique' atau langkah-langkah kebersihan yang ibu lakukan selepas sesi perahan seperti; (i) mencuci tangan dengan bersih sebelum mengepam, (ii) mencuci corong selepas setiap sesi perahan dengan menggunakan air sabun suam, (iii) meletakkan EBM dengan segera ke dalam chiller, (iv) memastikan suhu dalam cooler bag sentiasa sejuk). Dan sekiranya salah satu teknik ini tidak dilakukan, adalah sebaiknya tempoh hayat chilled EBM dikira 1-2 jam selepas dipanaskan - Sumber: Academy of Breastfeeding Medicine's Clinical Protocol

3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas dipanaskan dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak. Pastikan kuantiti frozen EBM disukat mengikut keperluan anak untuk mengelakkan pembaziran susu dibuang.

**(Untuk peringkat awal, dalam sebulan pertama, saya galakkan hanya bekalkan pengasuh chilled EBM supaya pengasuh tak pening atau keliru tentang tempoh masa. Saya buat begini selama 4 bulan sehinggalah saya yakin pengasuh telah betul-betul mahir untuk menguruskan EBM).
Pastikan dalam perjalanan anda dari rumah ke tempah pengasuh, semua susu diletakkan dalam cooler bag yang berisi ice brick atau ice pack untuk menjaga keadaan susu daripada rosak.

Antara peralatan yang diperlukan juga untuk melabel nombor botol susu dan nama anak anda sekiranya pengasuh menjaga melebihi seorang atau di taska.

1. Marker/pen
2. Sticker



Tanya pengasuh anda, sekiranya dia inginkan warmer. Dan jika perlu boleh belikan warmer untuk pengasuh kerana penggunaan warmer ini sangat baik untuk mengelakkan suhu dipanaskan melebihi 40oC yang boleh merosakkan nutrien dalam susu.

Untuk peringkat awal, saya hanya bekalkan chilled ebm dan fresh ebm sahaja, dan saya tulis tempoh '2 jam' tu kerana bimbang pengasuh terlupa jika susu terlalu lama di luar. Tempoh hayat chilled ebm/fresh ebm yang sebenar ialah 4 jam selepas dipanaskan. 

Mommies boleh click link di bawah untuk download nota "Panduan Cara Guna Warmer untuk Pengasuh". Boleh download dan print.

⬇️Click⬇️

-Susu beku (Frozen EBM) dalam nota ni merujuk kepada frozen EBM yang telah dicairkan sebelum hantar kepada pengasuh.
-TIDAK DIGALAKKAN hantar susu dalam keadaan beku kerana ia akan menyusahkan pengasuh anda.
-Mommies boleh guna kreativiti untuk bezakan di antara botol yang mengandungi frozen ebm dan chilled ebm. Boleh guna sticker warna atau penutup yang berbeza. Dulu saya tampal sticker dan tulis 'SUSU BEKU' dekat botol tu supaya pengasuh faham tempoh masa '1 JAM' selepas dipanaskan.

Jadual berikut ialah tempoh penyimpanan susu bagi bayi normal dan bayi sakit / pramatang. Mommies boleh rujuk sebagai panduan.


Harap tips ringkas ni dapat membantu :)











No comments: