Monday, 18 December 2017

Tips Atasi Masalah Susu Drop

Ramai mommies pm tanya Kak Nad, apa yang perlu buat untuk atasi masalah susu drop. Kak Nad pun selalu juga alami fasa-fasa kemeruduman ni. Antara faktor susu drop ialah sebab mommies stress dan penat selain faktor-faktor lain (period, pregnant, masalah hormon, etc).




1. Stress akan beri kesan kepada penghasilan hormon oxytocin dalam badan. Bila hormon ni kurang, susu akan drop. No choice, mommies kena bantu yakinkan diri untuk atasi rasa stress itu.

2. Tulis nota yg boleh beri kata-kata semangat kepada diri mommies. Tampal di tempat kerja, peti ais rumah, atau mana-mana tempat yang mommies boleh nampak selalu. Tulis kata-kata seperti;

"Anak saya sangat suka susu ibu, dan saya yakin boleh berikannya sehingga 2 tahun.."
"Saya ibu yang positif, susu saya mncukupi utk ank saya.."
"Saya rajin buat power pumping supaya production saya meningkat selepas ini.."
"Anak saya sihat dan bijak sebab setiap hari dapat minum susu ibu.."

Kata-kata seperti ini bila dibaca selalu akan dipasak dalam hati & otak kita. Then percayalah, tanpa disedari, pasti ada perubahan dari segi emosi kepada diri mommies. Sebab semua ni berlaku pada bahagian 'minda bawah sedar' kita.




3. Buat power pumping setiap hari sekurang-kurangnya 1 jam selama 2 minggu. Kesan ketara akan nampak selepas 2 mggu. Mommies kena sabar.. Tak nak ada fikiran seperti susu tak cukup, susu sikit, susu tak banyak dan sebagainya. Bayangkan susu akan meriah selepas ini.


4. Waktu power pumping yang terbaik adalah pada waktu tengah malam (12am-6am) kerana kadar hormon prolaktin yang tinggi pada waktu ini. Tapi kalau mommies tak mampu, lakukan sahaja dalam salah satu sesi pada waktu siang. Kerapkan df pada waktu malam, itu lebih baik.

**Nota power pumping
5. Amalkanlah pemakanan sunnah seperti kurma, kismis, madu, susu kambing di samping makanan berserat seperti oat dan badam setiap hari.

6. Minum air 3L sehari. Tak mampu? Boleh ambil buah-buahan, makanan yang berkuah, minum air yg lazat bagi mommies, dan air yg mnggembirakan (apa sahaja except air batu, nescafe, teh)

7. Baza zikir ya matin.. Berdoalah smoga Allah perbanyakkan semula susu mommies selepas mommies berikhtiar dengan semua ini.

Paling penting, set di mindset, BIAR CUKUP UNTUK ANAK. Walaupun mungkin tak semeriah orang lain, tapi yang penting, CUKUP.

No comments: