Wednesday, 3 January 2018

KENAPA SUSU SAYA SIKIT?

Soalan ni biasa saya terima dari mommies yang PM saya. Biasanya saya akan tanya dulu beberapa soalan supaya saya dapat kenal pasti masalah yang dihadapi mommies. Lepas kenal pasti punca, baru beri solution. 




"Saya perah cuma dapat 7-8oz je satu sesi. Tapi orang lain boleh dapat 10-12oz", luah seorang mommy.

Dan JAWAPAN saya:

"Banyak tu sis 7-8oz untuk 1 sesi. Sebenarnya kalau sis nak tahu, saya sendiri nak dapat 5oz pun susah. Selalu 2-3oz je. Tapi ajaibnya, susu saya sentiasa mencukupi. Kadang-kadang oversupply lagi.

Kenapa hal ini berlaku? Kerana penghasilan susu kita tu Allah dah jadikan mencukupi untuk keperluan anak kita.

Pernah saya perah hari ni untuk bekalan esok, stok mmg kering kontang. Tapi alhamdulillah tetap mencukupi.😍

Keywordnya: Keperluan setiap bayi berbeza, maka penghasilan susu juga akan berbeza. Mungkin yang dapat sampai 10-12oz tu anaknya minum sampai 6-8botol sehari berbanding sis yang anak minum hanya 4 botol sahaja. Jadi supply dia adalah lebih tinggi seiring dgn demand anaknya yang tinggi.

Bila sis dah tahu tentang fakta ni, biasanya kita takkan terjejas dengan hasil yang org lain dapat. Jadi, jangan membandingkan hasil kita dengan orang lain kerana keperluan bayi kita adalah berbeza☺️"

Ada juga mommies yang mengadu susu cuma 2oz setiap kali perah. Bila saya selidik, rupanya jadual pam tak jaga. Bila breast dibiarkan penuh melebihi 3 jam, FIL hormone (Feedback Inhibitor Lactation) akan bertambah di breast. Senang cerita macam ni, bila FIL bertambah, otak akan trace yang demand semakin berkurang. So otak 'tak nak' hantar hormon prolaktin dan oksitosin (hormon susu) ke breast. Makanya, production akan berkurang dan itulah puncanya kenapa susu mommies drop.

Tapi saya bersyukur kesedaran mommies sangat tinggi. Sebab tu mommies tak segan untuk PM saya minta nasihat untuk atasi masalah mommies. Alhamdulillah ramai yang dah berjaya semula untuk increase production. Just focus untuk maintain demand & supply. Tak ada tips yang istimewa pun saya beri. Semua ada di internet. Cuma mommies mungkin keliru nak baca yang mana satu.

No comments: