Friday, 16 February 2018

"BIARLAH TERLAMBAT DARI TAK MENCUBA LANGSUNG"

12:39:00 am 0 Comments
Alhamdulillah selesai sesi sharing 3 Jam hari ni bersama Puan Khazliyan.

Walaupun anak Puan Khazliyan dah berusia 1 tahun 3 bulan, dan dah campur fm sejak lahir lagi, tapi Kak Nad respect dengan semangat Puan Khazliyan still nak belajar juga tentang penyusuan susu ibu.



Tak ada istilah TERLAMBAT sebenarnya bila kita nak belajar ni.

Mungkin pada orang lain, anak dah setahun lebih dah terlalu 'lambat' nak belajar tentang penyusuan susu ibu.

Tapi, Puan Khazliyan still bersemangat nak betulkan semula salah tanggap tentang penyusuan susu ibu dan sanggup belajar semula dari BASIC.

Allahu... kuat semangat Puan Khazliyan. Tersentuh juga hati Kak Nad tadi bila dengar luahan Puan Khazliyan untuk anakandanya bila dia dah tak ada nanti. 



Semoga Allah permudahkan usaha Puan Khazliyan untuk berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya.

Semoga Allah merahmati setiap usaha ibu ini. Amin.


Salam Penyusuan Susu Ibu dari,
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor