Thursday, 17 May 2018

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yg lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

2. Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam (seperti susu atau milo) selepas mengepam.

3. Sesi mengepam lakukan macam biasa waktu bekerja (3-4 jam sekali). Disebabkan Kak Nad balik kerja pukul 2pm, jadi Kak Nad hanya mengepam 2x di tempat kerja.


4. Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).

5. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.

6. Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.

7. Dan mommies boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.

Ini sahaja tips dari Kak Nad. Kalau mommies nak share pengalaman mommies, sangat-sangat dialukan 😍
SELAMAT BERPUASA!

No comments: