Tuesday, 17 July 2018

Power Pumping

4:47:00 pm 0 Comments
Power pumping biasanya dilakukan apabila ibu-ibu mengalami masalah susu merudum dan tujuan power pumping dilakukan adalah untuk menghantar signal ke otak dengan menghasilkan permintaan yang lebih tinggi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan semula produktiviti susu seorang ibu.
Punca susu merudum adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
1. Faktor breastpump (suction breastpump yang bermasalah mungkin disebabkan oleh penggunaan yang terlalu lama, corong yang kurang sesuai, spare parts yang bermasalah dan perlu ditukar ganti)
2. Supply-demand (jadual pam yang tidak konsisten, bayi yang telah mula makan makanan pejal dan mula kurang minum susu, perubahan corak penyusuan bayi)
3. Perubahan hormon (pengambilan pil perancang/period/mengandung)
4. Penjagaan diri ibu (pemakanan yang tidak seimbang, tidak minum air yang mencukupi, kurang tidur dan rehat, stress, sakit)
Power pumping adalah satu alternatif yang boleh dilakukan oleh seorang ibu untuk mengatasi masalah susu merudum. Teknik power pumping dilakukan dengan meniru gaya bayi yang kerap menyusu ketika melalui fasa growth spurt.
Power pumping boleh dilakukan pada bila-bila masa yang spesifik bagi seorang ibu. Contohnya pada pukul 10 pagi setiap hari. Tetapi masa yang lebih baik untuk dilakukan adalah pada pukul 12 malam sehingga 6 pagi kerana kadar hormon prolaktin dan oksitosin yang lebih tinggi. Sekiranya ibu tidak mampu melakukannya pada waktu malam, boleh dilakukan pada masa yang bersesuaian tetapi konsisten.
Boleh rujuk gambar di bawah tentang teknik power pumping dengan menggunakan single electric breastpump atau double electric breastpump. Kesan teknik ini akan dilihat seawal seminggu atau paling lewat selepas 2 minggu. Jadi ibu-ibu perlu bersabar untuk melihat peningkatan susu yang akan dihasilkan.

Image result for power pumping

Pada peringkat awal sesi power pumping, ibu-ibu mungkin ada yang sekadar ‘pam angin’ sahaja tanpa ada susu yang dihasilkan. Ibu tidak boleh berputus asa dan mesti meneruskan sesi power pumping seperti dalam rajah di atas, dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2 minggu. Ini adalah penting untuk menghantar signal kepada otak tentang demand tinggi yang diperlukan oleh payudara ibu.
Sesi power pumping perlu dilakukan dalam keadaan yang tenang, tidak stress, dan lebih santai. Ibu bolehlah melihat gambar anak di tempat kerja, dengar muzik, menonton televisyen, membaca al-qur’an, dan berzikir ‘Ya Matin’. Lakukan dengan relax dan gembira.
Paling penting, jadual mengepam yang rutin tidak boleh ditinggalkan. Power pumping boleh dilakukan juga dalam salah satu sesi mengepam sedia ada. Teknik power pumping ini juga boleh dijadikan ikhtiar bagi ibu-ibu yang mempunyai impian untuk relaktasi (menyusukan anak semula) atau menyusukan anak angkat.
Semoga perkongsian tentang power pumping ini bermanfaat kepada semua ibu dan dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Salam penyusuan susu ibu dari saya, Ummi Najla (Kak Nad).
Sumber: (i) I’m Not Pumping Enough Milk by Kelly Bonyata, (ii) Increasing Breast Milk Supply - Power Pumping (Pregnancy Birth and Beyond), (iii) Breastpumps – troubleshooting and general info @KellyMom.

Anda Mempunyai Masalah Untuk Menyusukan Bayi Kecil Anda?

4:41:00 pm 0 Comments
Jangan risau, sekarang kami sudah menyediakan jaringan kaunselor penyusuan yang berada di seluruh Malaysia!


Tak kira anda berada di mana, kami sedaya upaya akan menghantar kaunselor penyusuan yang terlatih dan mempunyai sijil yang diiktiraf untuk membuat home visit ke rumah anda.

Hanya perlu daftarkan nama dan butiran masalah yang sedang anda hadapi serta kawasan tempat tinggal anda, kami akan mencarikan kaunselor yang berhampiran untuk bantuan seberapa segera!

Log in di sini
http://permatasusuan.com/
http://permatasusuan.com/
http://permatasusuan.com/


Dah 52 tahun pun masih nak belajar tentang penyusuan susu ibu...

4:40:00 pm 0 Comments
Inilah kakak saya, Dr Maskiah Hj Masrom. Berusia 52 tahun. Idola saya dalam penyusuan susu ibu.

Kakak saya telah menyusukan keempat-empat anaknya selama 2 tahun. Dengan ketiadaan gadget dan kurangnya penyebaran tentang ilmu penyusuan pada masa itu (lebih 20 tahun lepas), kakak saya tak pernah putus asa untuk cari ilmu tentang penyusuan susu ibu melalui buku dan majalah.


Storage bottles pada masa itu tak semurah sekarang. Kakak saya terpaksa beli dari luar negara kerana di Malaysia sangat susah nak jumpa.

Saya masih ingat arwah mak saya uruskan EBM kakak saya. Dalam hati kecil saya yang masih bersekolah, kenapalah tak guna 'susu tepung' je. Kan lebih senang...

Kakak saya juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana waktu itu cuti bersalin yang disediakan hanya 45 hari hanya kerana ingin pastikan penyusuan awal itu berjaya.

Mengusung ke sana ke mari anak-anak hanya kerana ingin pastikan penyusuan susu ibu dapat dilunaskan selama 2 tahun sudah jadi satu kebiasaan pada masa itu.

Dicemuh? "Perkara biasa", kata kakak saya. Memang ramai yang pandang serong atas 'kepayahan' kakak saya berusaha untuk menyusukan dan perlu mengepam di tempat kerja. Ingat lagi pam tradisional kakak saya yang ada getah warna merah tu 😅

Sekarnya kakak saya ingin menempuh perjalanan ini, menjadikannya terinspirasi untuk hasilkan karya tentang penyusuan susu ibu dalam salah satu cerpen beliau.

Dan saya sangat gembira bila kakak saya sangat menyokong perjuangan saya. Dan barulah sekarang saya faham, kenapa kakak saya sanggup 'bersusah-payah' untuk menyusukan anak-anak saudara saya dulu dan tidak memilih susu formula.




Kerana dia ingin berikan MAKANAN TERBAIK untuk anak-anaknya. Seperti apa yang saya cuba lakukan untuk anak saya sekarang.

"Angah hanya berpegang pada Surah Al-Baqarah Ayat 233. Kalau kita faham maksud ayat tu, kita wajib 

laksanakan.."



Terima kasih angah... Semoga perjuangan penyusuan ini dapat diteruskan oleh adikmu ini yang masih banyak kelemahan dan selalu rasa rendah diri untuk berkongsi.



#SeminarKebangsaanIbuSusuan
#KelabSokonganPenyusuanSusuIbuJohor