Tuesday, 17 July 2018

Power Pumping

Power pumping biasanya dilakukan apabila ibu-ibu mengalami masalah susu merudum dan tujuan power pumping dilakukan adalah untuk menghantar signal ke otak dengan menghasilkan permintaan yang lebih tinggi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan semula produktiviti susu seorang ibu.
Punca susu merudum adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
1. Faktor breastpump (suction breastpump yang bermasalah mungkin disebabkan oleh penggunaan yang terlalu lama, corong yang kurang sesuai, spare parts yang bermasalah dan perlu ditukar ganti)
2. Supply-demand (jadual pam yang tidak konsisten, bayi yang telah mula makan makanan pejal dan mula kurang minum susu, perubahan corak penyusuan bayi)
3. Perubahan hormon (pengambilan pil perancang/period/mengandung)
4. Penjagaan diri ibu (pemakanan yang tidak seimbang, tidak minum air yang mencukupi, kurang tidur dan rehat, stress, sakit)
Power pumping adalah satu alternatif yang boleh dilakukan oleh seorang ibu untuk mengatasi masalah susu merudum. Teknik power pumping dilakukan dengan meniru gaya bayi yang kerap menyusu ketika melalui fasa growth spurt.
Power pumping boleh dilakukan pada bila-bila masa yang spesifik bagi seorang ibu. Contohnya pada pukul 10 pagi setiap hari. Tetapi masa yang lebih baik untuk dilakukan adalah pada pukul 12 malam sehingga 6 pagi kerana kadar hormon prolaktin dan oksitosin yang lebih tinggi. Sekiranya ibu tidak mampu melakukannya pada waktu malam, boleh dilakukan pada masa yang bersesuaian tetapi konsisten.
Boleh rujuk gambar di bawah tentang teknik power pumping dengan menggunakan single electric breastpump atau double electric breastpump. Kesan teknik ini akan dilihat seawal seminggu atau paling lewat selepas 2 minggu. Jadi ibu-ibu perlu bersabar untuk melihat peningkatan susu yang akan dihasilkan.

Image result for power pumping

Pada peringkat awal sesi power pumping, ibu-ibu mungkin ada yang sekadar ‘pam angin’ sahaja tanpa ada susu yang dihasilkan. Ibu tidak boleh berputus asa dan mesti meneruskan sesi power pumping seperti dalam rajah di atas, dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2 minggu. Ini adalah penting untuk menghantar signal kepada otak tentang demand tinggi yang diperlukan oleh payudara ibu.
Sesi power pumping perlu dilakukan dalam keadaan yang tenang, tidak stress, dan lebih santai. Ibu bolehlah melihat gambar anak di tempat kerja, dengar muzik, menonton televisyen, membaca al-qur’an, dan berzikir ‘Ya Matin’. Lakukan dengan relax dan gembira.
Paling penting, jadual mengepam yang rutin tidak boleh ditinggalkan. Power pumping boleh dilakukan juga dalam salah satu sesi mengepam sedia ada. Teknik power pumping ini juga boleh dijadikan ikhtiar bagi ibu-ibu yang mempunyai impian untuk relaktasi (menyusukan anak semula) atau menyusukan anak angkat.
Semoga perkongsian tentang power pumping ini bermanfaat kepada semua ibu dan dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Salam penyusuan susu ibu dari saya, Ummi Najla (Kak Nad).
Sumber: (i) I’m Not Pumping Enough Milk by Kelly Bonyata, (ii) Increasing Breast Milk Supply - Power Pumping (Pregnancy Birth and Beyond), (iii) Breastpumps – troubleshooting and general info @KellyMom.

No comments: